Friday 22 February 2013

SAMBUNGAN KISAH SAYA - PART 2

As-Salam..wahhh makan lama selang berminggu utk menyambung kesah ini kan..penah sy ceritakan di awal 'kemunculan' blog ni dulu , Klik Disini Yer : Untuk Mengetahui Kisah Sebelumnya...

setelah saya merasakan saya tidak boleh bangkit dari biz ini tanpa guideline dari upline, maka buat apa sy bazirkan masa lagi menghadapi sorang diri tanpa prihatin dari upline terdahulu.... saya yaang buat beribu2 sale utk dia, sedangkan dia hanya mentenkan dirinya shj sebanyak RM300 sebulan, dan menikmati bonus yg saya berikan kepadanya.... saya juga mahukan upline sama2 membantu dan sama2 berniaga dengan saya..barulah kami bersama2 berhasil dan berjaya...ini saya tgk, saya sorang saja yg bekerja, ADALAH TIDAK ADIL.... jikalau saya naik pangkat, dia juga pasti naik pangkat..jadi haruslah bekerja keras antara downline - upline.... setelah 2 bulan (xsampai pun) penelitian saya, maka saya mbuat perubahan drastik utk keluar dari kumpulannya... . sekarang kan zaman IT, mudah utk saya mbuat pilihan kumpulan mana yg harus sy sertai...


ramai kwn2 di fb yg menjual tupperware saya bertanyakan cara2 berbiz, ada yg melayan dan ada juga yg tidak melayan sebab sy bukan dari grup mereka... sehingga saya 'dipertemukan' dgn Mc' Long (Jun) melalui makciknya yg kebetulan tinggal bhampiran pejabat saya... bmula saya bertanya padanya cara2 pengeposan, setiap inci diterangkan oleh Mc' Long kpd saya tanpa jemu...pd fikiran saya, beliau ini ikhlas membantu saya...



Tidak terhenti di situ, saya mula mencungkil siapakah upline nya sehingga beliau boleh bjaya, oooohhhh terjumpa our leader is Mr. Sifu Encik Syamputra Razali... dan ternyata kumpulan mereka mmg meletopsss...sy mengatur 'perjanjian' dgn Mc' Long utk menyertai sebagai downline nya, setelah saya yakin beliau dpt mbantu saya, insyaallah... memandangkan Jun jauh di kelantan, sy berjumpa dgn Mr. Sifu di stokis Ampang, ternyata Mr. Sifu Encik Syam sgt mesra orangnya... terus saya berdaftar di bawah Director nya... pengalaman pertama di stokis ampang amat menyeronokkan...

Februari ini saya mula mengumpul downline2 saya sendiri sbg rakan biz... alhamdulillah sambutan dari rakan2 amat menggalakkan..sy menggunakan medan FB dan Blog utk memajukan biz saya... saya ingin meluaskan jaringan ini dan saya ingin terus maju.... saya akan meninggalkan februari ini dgn kesabaran dan kelegaan hati kerna telah mengumpul downline di paras selamat...

cabaran saya akan bermula pd Mac dan April ini utk cabaran DIQ (Director In Qualification) yg memerlukan downline seramai 15 orang dan sales 14K dlm masa 2 bulan ! Oh my ALLAH, semoga aku berjaya nanti... saya sedang mengatur strategi ke arah ini... walaupun upline boleh membantu sedikit sebanyak dari segi nasihat dan sales, tp kita yg kena mulakan dahulu..kena lipat gandakan usaha lebih keras... tumpuan luar jualan dari rumah ke rumah akan dipergiatkan  Mac nnt.... SEMOGA REZEKI MENYEBELAHI SAYA.. SEMOGA SAYA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DI BULAN2 GENTING INI.. SEMOGA SAYA BERJAYA DAN TERUS BERJAYA...



Saya ingin berjaya bersama downline2 saya, sebagaimana situasi saya sendiri sbg downline ingin berjaya bersama upline... jadi ANDA lah yg saya cari.... ayuhhhhh, KITA MULAKAN USAHA INI... boleh hubungi saya AZIRA - 0176961834 ok...




Wednesday 20 February 2013

KELEBIHAN TUPPERWARE FREEZEMATE





TUPPERWARE FREEZEMATE

Tupperware Freezermate banyak kelebihannya..anda harus memiliki sekarang produk Freezermate ini.. Kegunaan Freezermate ini adalah bekas mengisi barang-barang seperti ikan, sotong,daging, ayam dan banyak lagi di ruangan dingin beku ( freezer) dalam peti sejuk. Produk Tupperware Freezermate tidak kedap udara." udara boleh tembusi bekas"...Jadi jika anda masukkan makanan seperti biskut, keropok, dalam Freezermate, tentulah lemau..so produk Freezermate ini khas untuk makanan yang diletakkan dalam peti sejuk..


KELEBIHAN TUPPERWARE FREEZEMATE 

  • Bentuk dan saiz bekas Freezermate yang boleh diatur letak dengan mudah dan kemas teratur dalam ruangan peti sejuk...Bentuk dan saiz bekas nampak saja kecil dan biasa-biasa sahaja, akan tetapi ia dapat memuatkan bahan-bahan yang banyak didalamnya.

  • Bekas Freezermate ini terdiri dari bahan plastik yang mudah lentur (fleksibel sikit) dan lembut.. Jadi ia akan mengembang mengikut saiz bahan - bahan yang dimasukkan ke dalam bekas berkenaan..Ini secara tidak langsung dapat mengelak dari bekas retak atau pecah..tapi kalau dah jatuh mestila pecah..hahahaha..

  • Bekas Freezermate ini adalah bekas plastik yang lutsinar dan memudahkan anda melihat kandungan bahan yang ingin diambil..So anda tidak perlulah tercari-cari bekas  dan tersalah ambil bekas...so memang terbaik bekas freezemate ini..

  • Bekas Freezermate ini adalah bekas plastik yang cepat beku, dan juga bekas yang cepat cair. Jadi makanan laut seperti ikan ,sotong, udang, ketam dan daging, ayam akan tersimpan baik dan selamat malah tidak berbau...memang best la bekas freezermate ini.

  • Jaminan produk tupperware adalah sepanjang hayat, ini bermakna jika anda memiliki produk tupperware Freezemate ini, ia adalah pelaburan yang bijak.




TIPS PENYIMPANAN MAKANAN - TUPPERWARE FREZEEMATE


  • Anda boleh simpan bekas freezermate dalam freezer,walaupun bekas tersebut kosong..tidak jadi masalah pun..so apabila sudah sampai masa untuk diisi bahan-bahan maka anda boleh terus simpan bahan dalam bekas freezermate berkenaan, jadi makanan yang baru disimpan akan lebih cepat beku..cukup mudahkan..

  • Jika anda ingin memasak dan ingin cepat cairkan bahan dalam bekas Freezermate maka anda perlu pindahkan bekas freezermate keluar peti sejuk beberapa jam sebelum masak supaya ianya cair secara beransur-ansur...dan cuba anda lihat bahan di dalam bekas berkenaan..masih freshhhhh gitu..tapi kalau anda hendak cepat cair bahan dalam bekas tersebut..senang je..rendam je bekas Freezermate tu dalam air..comfirm cepat cair dan senang nak buka penutupnya..hehe.

  • Ni yang paling saya suka..pastikan setiap pembelian adalah berbaloi. Jadi gunakan bekas Freezermate ini semaksima mungkin. Nak tau caranya adalah jika bekas Freezermate tu kosong apasalahnya anda masukkan air masak atau air tapisan kedalam bekas Freezermate dan ia boleh dijadikan ketukan ais batu..

  • Selain itu anda boleh simpan lauk - pauk yang terlebih masak dan lauk yang tidak habis dimakan..Tidak perlu membazir dengan membuang lauk berkenaan..Jadi gunakan bekas Freezermate untuk menyimpan lauk-pauk berkenaan..Insyallah ia akan bertahan beberapa hari dan tidak basi..cuba anda lakukan..

Jadi dapatkan TUPPERWARE FREZEEMATE dengan kadar segera..Jika berminat untuk membeli bekas TUPPERWARE FREZEEMATE boleh call saya, PM, atau comment di blog ini..insyallah harga amat berpatutan..

Sunday 17 February 2013

KENAPA PRODUK TUPPERWARE



Kenapa perlu beli dan memilih produk dari jenama Tupperware? 

  • Tupperware adalah produk yang selamat dan sesuai untuk digunakan untuk kehidupan harian..Ini adalah kerana produk Tupperware berkenaan tidak mengandungi bahan kimia beracun / toksik dan ianya telah memenuhi piawaian / standard yang diiktiraf  dari beberapa badan dunia seperti FDA (Food and Drug Administration), Europen Food Safety Authority, Japan Food Safety Commision.
  • Produk Tupperware menjadi pilihan adalah disebabkan keistimewaan produk ini yang terletak pada reka bentuk yang menarik.. yang paling jelas ialah produk tupperware direka khas dan beraneka gaya serta bentuk..Paling tepat sekali produk Tupperware adalah untuk penyimpanan makanan dan minuman supaya makanan dan minuman menjadi lebih segar dan tahan lebih lama (tidak mudah rosak @ layu).
  • Produk Tupperware juga mesra alam kerana ia boleh dikitar semula menjadi produk lain seperti tong sampah, bakul plastik, pasu bunga plastik, kerusi plastik dan lain-lain lagi.
  • Pembuatan produk Tupperware ini telah melepasi tahap piawaian yang tinggi dan pemeriksaan yang ketat. Ini menjadikan produk  Tupperware adalah produk plastik yang bermutu, selamat, berjenama dan kekal lama sehingga ke hari ini.
  • Selain itu produk Tupperware ini juga sangat praktikal dan boleh digunakan berulang-ulang kali tanpa was-was dan ragu-ragu.Ia juga dapat menjimatkan ruang dan tempat penyimpanan.
  • Selain itu juga produk Tupperware ini tahan lasak dan sangat tahan dan yang paling penting ialah Jaminan produk ini adalah untuk seumur hidup.

Friday 15 February 2013

HOT TUPPERWARE SET - FEBRUARI 2013


HOT !!! HOT !!! Sales on Februari.. grab it..



A) Water Day Set
retail : RM84.40
saya jual : RM76.00

beli 2 botol besar, 2 botol kecil dan percuma yg petak samada warna pink @ hijau 1 shj
(total dpt 5 botol = 2besar, 3 kecil)



cantik kan koleksi ini..hehe..boleh pilih mane mau warna kegemaran.. ;)



B) Pinggan Lolli 
retail : RM48
saya jual : RM43.00 (beli 4, percuma 1) (ada 5 jenis warna yg menarik)

C) Small Rectangular Saver 500ml (yg petak bujur)
retail : RM50
saya jual RM45.00

D) Medium Square Round (bekas segi 4 tepat) 880ml
retail : RM74.40
saya jual : RM67.00



Salt n Spice Saver 500ml
retail : 65.20
sy jual : RM58.60
rack : RM9.90 nett



Purplicious Lunch Set
retail : RM49.10
sy jual : RM44.00
portable cutlery set : RM13.90 nett


NAK ODER??? CALL/ SMS sy di 017-6961834 (azira)

ehsan photo by TEAM POWER... TQ very much leader..




Friday 8 February 2013

MENGAPA ANDA TIDAK BERANI ???

As-Salam... walau aku masih hijau dlm biz Tupperware ni, tetapi aku bergiat aktif utk menerajui team aku bersama TEAM POWER utk memastikan kejayaan bersama downline2 ku yg terchenta...

Aku dihujani pelbagai msg dari rakan2 Fb mahupun di luar berkenaan mereka yg berminat utk menyertai pasukanku, tetapi takut2 utk memulakan, kerna PERSAINGAN YG SENGIT .. rata2 di tempat kerja masing2 sudah ada yg menjual Tupperware samada beri 20%, 25% @ murah giler2 kpd pelanggan mereka...hehe...agaknya apa jawapanku yer??? adakah anda shj yg mempunyai MASALAH seperti itu?? ohh TIDAK.... kerna SAYA JUGA BERMASALAH SEBEGITU ! tp bagaimana saya menanganinya?? meh ku ceritakan...

ayat aku nih sekejap mcm indon, sekejap mcm skema..haha... gasaklah! sekarang nih aku nk wat ayat sempoi lak... hihi

Uols tahu... saya juga bermasalah seperti anda..utk pengetahuan, di ofis sy ini sudah 3 org menjual Tupperware Brands ! dgn harga ahli...wahhh haaaa...giler ngko! camne nk tembusi lobang ini? mula2, gasaklah dorang nk jual harga ape pun... tp aku sbg consultant (ketika itu, skrg pun) adalah tidak praktikal utk memberi harga ahli... berjawatan kecil, memerlukan untung runcit utk memperolehi kepuasan serta keuntungan berbiz...maka, ku bg sekadar 10%..so, win2 situation... aku bg murah kat u, u pun bg lah rezki itu kat i ok...


mula2, ku hanya menjual kpd teman rapat shj, tidak lama kawan kpd teman rapat ku juga mengoder dariku... so, kat cni uols tgk betapa teman rapat memainkan peranan penting utk mempengaruhi rakannya seorang lagi...begitulah, lama2 biz ku berkembang dan TERKENAL di ofis ku sbg DEALER TUPPERWARE sejak ku TERCEBUR KE KANCAH TUPPERWARE.. (wah..ayatttt)

bagaimana dgn pesaing ku 2 org itu pula?? aku mengambil tindakan berani dgn MEMAKLUMKAN TERLEBIH DAHULU KPD NYA..(iyer lah, lebih baik kite sendiri yg maklumkan, adalah lebih sopan..daripada dia tau dari mulut org lain kan?) nasib baik mereka suma supportive dan tiada halangan, ye lah rezki masing2 kan...tp DEMI MENJAGA HATINYA, ku tidak pergi mejual @ mengedar katalog ke pejabat mereka... biarlah di pejabat mereka itu adalah rezeki mereka..aku hanya menjual di pejabat ku shj... dan teman2 rapat shj...semakin hari, pelanggan ku semakin bertambah...TAPI, xkan ku hanya mau bergantung kpd jualan ofis shj??? adalah mustahil, sebab lambat laun rumah mereka pasti penuh dgn brgn tupperware dan kat cni mereka akan mula muak ! KU HARUS MENCARI ALTERNATIF LAIN utk meluaskan empayar ku (cewah)

aku mgambil kputusan utk buat jualan kat FB..sebelum ni aku koho-koho... lately, aku hentam cukup2 kat FB..haha, gasaklah kalo uols nk jemu pun... mula2, sebulan aku bckp @ membebel sorang2 kt FB, lama kelamaan baru ada respon dari kwn2... biasalah org ni, nk tgk kita berjaya dulu baru nk join...alhamdulillah sambutan dari kwn2 FB tidak mengecewakan...setakat ini ku menunggu utk mendaftarkan 10 rekrut dari FB ! hasil usaha ku bekerja  keras dlm tempoh 2 minggu ni..alhamdulillah...

so, uols, MENGAPA TIDAK BRAN????? berani lah uols, bangunlah dari tido... kalo pun di ofis uols sudah ada yg menjual , uols bersainglah ! xpun, uols jual kat FB lah (kena rajin update status tau), jual kat jiran tetangga, jual kt sedara mara..mcm2 lagik lah... kalo uols emak dekat, suh lah mak kempen kt kwn2...aku emak jauh, mustahil lah aku nk suruh bonda ku... kalo nk suruh mertua pun, aku mcm segan jer...xpe, aku berusaha sendiri ok...

insyaallah, kalo uols join team aku ni, aku akn guide uols ok..janji uols kena buat sungguh2 tau... kalo uols tido jer, xjadi juga.... ape kata kalo kite guna medan FB UTK MEMPENGARUHI KWN2 KITE DAN JUAL BARANGAN INI.... insyaallah kalo kite ikhlas dan bersungguh , ALLAH AKAN MENOLONG KITA TAU... ok, sayang uols, especially downline2 kuuuu


uols nk join TEAM POWER yg hebat ini, call saya ok... 

Wednesday 6 February 2013

AL KESAH SAYA DAN TUPPERWARE BUSINESS

As-Salam... selamat datang kpd diri sendiri kerna telah membuka lembaran baru dlm biz online menerusi Tupperware product...sy menjadi  ahli Nutrimetic kira2 2 thn lalu..xlama selepas tu Nutrimetic 'join' Tupperware, makanya otomatik keahlian kami berada dlm tupperware organisation..

Upline aku lak tika tu mgikut husband pencen, so mereka lek kg lah.. tinggallah aku terkontang kanting, nk beli tupperware pun amik dari member, xdpt less harga katalog hengkau..huhu..aku berfikir sampai bile nk beli harga ktlog, sedangkan aku juga ahli..lantas, aku suh hubby mencari d mana stokis tupperware yg terhampir dgn rumah.. bermula bln 10 aritu, brgn tupperware di rumah aku dapat dgn 25% hasil rembatan sendiri di stokis, tidak terfikir utk berbiz..skadar belikan utk sendiri dan mertua jerrr..


adalah aku perasan member FB zaman sekolah dulu nama Noraziehan Zie meniaga Tupperware kt Trg... beliau suh aku jual tupperware dan bg mcm2 tips spy mulakan biz..wah semangat dtg berkobar2 tau..makanya bln 11 baru ni aku bawakkan ktlog ke ofis..wah xsangka dlm masa seminggu jer ktlog bertebaran, order dri kwn2 mencecah 1k ! woowwww.. semangat dan terus semangat! betul2 sy mendapat suntikan semangat dari member lama itu...semakin lama, semakin laris..sehingga mencecah berK-K selepas itu..berganda2, bertriple2 ...

sejak itu sy mula serius utk berbiz Tupperware..mula belajar camne cara nk naik pangkat. member Ziehan telah menerangkan segala2nya kpd saya..tetapi sy bukanlah dari kumpulannya yg boleh menaikkan saya. sy berusaha juga mencari siapakah UPLINE saya yg sebenarnya? upline atas sy mmg sy kenal, tp siapakah lagi atasnya, atasnya dan atasnya....?? sy mula buntu...pergi ke salah satu stokis di sini, belajar satu tips..selepas mereka mengetahui yg saya bukanlah dari group mereka, terus mereka  TIDAK MEMBENARKAN LAGI saya hadir ke kelas mereka...   sedihnya rasa hati... MENANGIS TIDAK BERLAGU SAYA... tiada upline, tiada guideline...terus rase TERPINGGIR dari UPLINE.... huhu..


saje nk tempek tgn tanda genggaman kuat ke arah kejayaan!


Nantikan sambungan kesah sy part 2 ok...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...